01
Tak tahu bila break-even
Berapa buyer baru launch ni balik modal? Kebanyakan seller tahu lepas launch, masa dah terlambat nak ubah offer.
Masukkan audience, package, bonus dan pelan blasting anda. Launch Planner kira berapa buyer, kos launch, profit, ROAS dan break-even sambil anda taip. Lepas launch, log apa yang betul-betul terjual dan tengok mana yang lari dari plan.
RM97 hari ni, harga biasa RM197. Bayar sekali, tak ada subscription.


Anda agak-agak berapa boleh jual. Bonus pun ikut rasa. Bil blasting datang lepas semua dah habis.
Lepas tu launch tamat, sales nampak okay, tapi tak ada siapa boleh cakap betul ke launch tu untung.
01
Berapa buyer baru launch ni balik modal? Kebanyakan seller tahu lepas launch, masa dah terlambat nak ubah offer.
02
Free gift untuk setiap order, cabutan bertuah, hadiah besar. Satu-satu nampak kecil. Bila campur, boleh habis semua profit.
03
WhatsApp caj untuk setiap mesej. Empat kali blast ke list besar jauh lebih mahal dari yang orang sangka.
04
Sales masuk, tapi dari package mana, hari apa? Kalau tak ada rekod, launch seterusnya mula dari kosong balik.
Launch Planner letak semua ni dalam satu skrin, sebelum anda belanja dan lepas anda jual.
Skrin sebenar dari planner, diisi untuk launch Raya satu brand skincare rekaan.
Rancang sebelum belanja · Audience dan conversion rate anda, package, bonus, blasting dan iklan. Letak target revenue, dan planner bagi tahu berapa jauh lagi, dan apa yang boleh tutup jurang tu.

Log apa yang betul-betul jadi · Satu entri sehari masa launch berjalan. Lepas tu setiap angka duduk sebelah apa yang anda plan, hijau kalau lebih baik dan merah kalau tak sampai.

Bina package yang untung · Gabungkan produk anda, letak harga, dan tengok kos, profit, margin dan berapa buyer jimat untuk setiap package sebelum masuk plan.

Tengok offer macam buyer tengok · Main bonus, fast-action bonus, cabutan bertuah dan yang lain, setiap satu dengan nilainya. Anda nampak apa yang satu buyer dapat, dan berapa kos hadiah sepanjang launch.

Simpan semua kat satu tempat, dan salin ke mana-mana plan dengan satu tekan.
Cara guna setiap tab, dengan screenshot sebenar. Dalam BM dan English.
Semak nombor masa hari launch dari mana-mana. Setiap perubahan disimpan sendiri.
Tukar bahasa seluruh planner dengan satu tekan. Plan anda kekal sama.
01
Namakan launch, letak tarikh, masukkan audience dan package anda.
02
Tambah bonus, blast dan iklan. Tengok profit dan break-even berubah bila anda ubah.
03
Setiap malam, log sales hari tu. Seminit je.
04
Tengok apa yang lebih baik dari plan dan apa yang tak, dan bawa ke launch seterusnya.
Sesuai kalau
Tekan yang betul untuk anda.
Sejauh mana sesuai
0/4
Tekan yang betul
Pilih mana-mana yang macam anda, dan kami bagi tahu terus terang.
Tak perlu kalau
Apa anda dapat
Harga biasa
RM197
Harga launch
RM97
Jimat RM100Kad, FPX online banking atau e-wallet. Diproses oleh Stripe.
Setiap skrin ada kat page ni, jadi anda tahu apa yang anda dapat. Tak ada jaminan wang dikembalikan.
Bukan. Anda bayar RM97 sekali dan Launch Planner kekal dalam akaun anda, dengan setiap update yang kami buat.
Tak perlu. Launch Planner boleh guna sendiri. Behind the Blast terangkan cara buat launch WhatsApp; planner ni tempat anda letak nombor. Memang sesuai digandingkan, tapi anda tak perlu dua-dua.
Boleh. Setiap tab boleh guna kat phone, dan apa yang anda taip disimpan sendiri. Kat komputer, lebih banyak muat dalam satu skrin.
Ada. Seluruh planner dan artikel bantuannya dalam BM dan English. Tukar dengan satu tekan, bila-bila masa.
Bukan. Planner ni boleh rancang apa-apa launch yang ada list orang untuk dijual. Blasting ada bahagian sendiri sebab situ kebanyakan kos tersorok, dan anda boleh tambah iklan, tools dan kos lain juga.
Kiraannya tepat. Apa yang keluar ikut apa yang anda masukkan: planner kira dari audience, conversion rate dan kos anda sendiri. Sebab tu ada tab Actual, supaya setiap launch buat plan seterusnya lebih betul.
Launch Planner tak ada jaminan wang dikembalikan. Setiap tab ditunjuk kat page ni dengan skrin sebenar, jadi tengok dulu sebelum beli. Ada yang tak jalan? Email kami dan kami betulkan.
Tahu break-even sebelum belanja, dan tahu apa yang jalan lepas launch habis.
Sila baca sampai habis. Bila beli Launch Planner, anda sahkan anda dah baca, faham dan terima penafian ni, bersama Terma & Syarat kami. Kemas kini terakhir 7 Oktober 2026.
1. Tool untuk merancang. Launch Planner kira angka dari nombor yang anda masukkan. Projection dia anggaran berdasarkan andaian anda sendiri. Ia bukan ramalan, dan sales, kos dan pulangan sebenar akan berbeza. Tak ada apa-apa dalam planner, artikel bantuan atau page ni yang jadi nasihat undang-undang, kewangan, cukai atau perakaunan.
2. Tak ada jaminan hasil. Plan dalam screenshot tu milik brand rekaan. Angkanya tunjuk cara planner berfungsi; ia bukan hasil biasa dan bukan janji. Kami tak jamin anda akan dapat apa-apa sales atau pendapatan.
3. Tak ada jaminan wang dikembalikan. Launch Planner dijual tanpa jaminan wang dikembalikan. Setiap tab ditunjuk kat page ni sebelum anda beli. Kalau ada apa-apa dalam planner yang tak jalan macam yang page ni terangkan, email kami dan kami betulkan.
4. Plan anda. Plan disimpan dalam akaun anda. Sampai 50 plan untuk setiap akaun. Anda bertanggungjawab atas angka yang anda masukkan dan untuk simpan salinan sendiri apa-apa yang anda perlukan.
5. Platform dan harga berubah. WhatsApp, Meta dan platform lain tukar harga dan peraturan mereka, selalunya tanpa notis. Semak harga terkini setiap provider sebelum anda bergantung pada mana-mana angka.
Launch Planner
RM197RM97
Bayar sekali je